[Kisah Inspirasi] Pernah Jual Kereta Untuk Tampung Bisnes Pusat Tuisyen

Admin

Kisah Inspirasi

No comments

June 4, 2017
Kisah Perjalanan Alqudwah
Ikuti perkongsian dan jatuh bangun Ustaz Taufik, Pengasas Akademi Alqudwah yang memberikan perkhidmatan dalam al-Quran dan Bahasa Arab termasuk secara online.
==================

Alhamdulillah setelah 8 bulan beroperasi, kini Alqudwah sudah mempunyai lebih 70 orang tutor dan 3 orang team pengurusan.

Antara kepakaran kami adalah membantu muslim dan muslimah dewasa berumur 40-an keatas untuk kembali KENAL huruf Alquran hingga mahir mengaji melalui pembelajaran secara peribadi di rumah.
Setakat ini, kami sudah menyebarkan nilai dan kepakaran sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. In sya Allah, mulai Jun ini kami akan mula melebarkan sayap ke Negeri Sembilan dan Johor Bharu.Tapi dulu…saya tidak mempunyai bisnes dan team seperti ini. Saya pernah gagal dalam bisnes tuisyen pertama lebih kurang 3 tahun lalu. Agak panjang jika hendak diceritakan kisah kegagalan tersebut.Waktu tu, saya betul-betul jatuh tersungkur, hingga terpaksa letgo pusat tuisyen tersebut. Dan ada satu benda yang betul-betul memberi tekanan pada saya waktu tu yang saya mahu simpan dahulu, mungkin akan dikongsikan pada waktu lain. Saya jual kereta saya dan buat deposit untuk beli motosikal.Maka, bermulalah kisah penghijrahan saya ke Selangor. Saya tunggang motosikal kapcai saya dari Kulim ke Selangor dengan harapan dan semangat baru. Alhamdulillah saya diterima bekerja di sebuah syarikat penerbitan buku di Bangi.Kegagalan yang lalu tidak menghalang saya untuk mencapai impian yang dah lama diidamkan. Sejak awal saya jejak kaki ke Bangi, saya dah memasang niat dan matlamat untuk membuka semula pusat tuisyen atau pusat pendidikan Alquran. Bagi merealisasikan impian tersebut, saya mula iklankan servis homequran dan Arab hometuition sekitar kawasan yang saya mampu cover. Siang bekerja malam mengajar. Dari satu klien bertambah kepada dua hingga tujuh klien.

Sehinggalah saya dipertemukan dengan Akademi Infitah & CMN Academy. Pada mulanya, saya hanyalah tutor partime, maka bertambahlah job mengajar saya, job sendiri ditambah dengan job dari CMN. Masa saya agak padat, hujung minggu pun mengajar sampai isteri pernah mengadu yang saya tak ada masa untuk family.

Dipendekan cerita pada bulan Ogos 2016, CMN membuka ruang untuk tutor yang berminat, menjadi JV dan menjalankan bisnes sendiri. Saya betul-betul excited dan seronok waktu tu dan terus berhubung dengan Coach Mohd Nor untuk tindakan lanjut.

Tanggal 1 September 2016, saya sudah pun berhenti kerja dan ingin fokus bisnes hometuition sepenuh masa. Berbekalkan ilmu pengurusan, marketing dan lain-lain yang dikongsikan CMN, saya beranikan diri bergerak mulakan kembali bisnes dari zero.

Terus terang, saya mulakan bisnes betul-betul dari zero dan tanpa keluarkan sebarang modal. Pengalaman langgar dinding dahulu mengajar saya hati-hati kali ini.

Jadi, bagaimana saya sewa ofis? Bagaimana saya dah gajikan staf admin bulan pertama? Modal marketing dan lain-lain?

Haha, itu semua akan dikongsikan kemudian. Ada rahsianya 🙂

Cabaran bisnes sepenuh masa ini memang besar, dulu ada gaji untuk tampung sewa rumah dan lain-lain komitmen. Sekarang tawakkal perlu digandakan agar bisnes berjalan seperti yang dirancang. Hanya ada 2 pilihan, gagal atau berjaya dan gagal itu memang sudah pernah dilalui. Kali ni, aku hanya ada 1 pilihan iaitu berjaya. Itu lah yang selalu saya bisik dan programkan dalam minda.

Hari demi hari bulan demi bulan, klien Alqudwah semakin bertambah. Dan Coach Mohd Noor bersama team CMN tak putus-putus memberi tunjuk ajar kepada kami group Usahawan Tuisyen Cmn Education Group. Pada bulan September hingga Disember 2016, saya tak banyak marketing online. Saya lebih fokuskan bunting dan flyers, sebab waktu tu masih cetek ilmu fb ads.

Apa yang menjadi turning point untuk sale saya start naik apabila coach pulang dari UK dan himpunkan kami dalam satu bootcamp di satu chalet di Hulu Langat. Dalam perkongsian beliau waktu tu, beliau memberi tugasan meletakan roadmap bagi tahun 2017. Dan pada waktu tu, baru saya terfikir untuk meletakkan target jualan setiap bulan. Selama ni saya hanya letakan target klien tanpa ada target jualan. Dan saya tanda di kalendar roadmap saya untuk capai jualan 10k pada bulan Mac.

Bila saya dah jelas berapa jumlah yang mahu capai dan pada bulan berapa, maka jelas juga kpi klien setiap bulan. Barulah saya mula menyusun strategi. Alhamdulillah pada bulan Februari 2017, saya dapat belajar teknik fb ads dan iklan saya membuahkan hasil. Sale pada bulan Februari tersebut dalam lingkungan 2k lebih. Saya mula ambil sorang lagi team sale bagi membantu membuat closing dan lain-lain berkaitan customer service. Pada bulan Mac sale naik kepada 7k lebih dan alhamdulillah saya capai 10k pada bulan April 2017. Walaupun terlewat 1bulan dari target, saya tetap bersyukur.
Sekarang Alqudwah sudah mempunyai lebih 70 tutor part time yang bersedia membantu para pelajar untuk mahir membaca Alquran dan juga Bahasa Arab. Team sale juga bertambah lagi sorang untuk bantu memasuki pasaran Negeri Sembilan dan Johor mulai Julai ini in sya Allah. Visi kami adalah untuk menjadi market leader dalam industri pendidikan Alquran dan Bahasa Arab secara homebased learning dan online learning. Mohon semua yang membaca doakan Alqudwah dapat terus berkembang dalam misi membantu ummah untuk celik Alquran dan celik Bahasa Alquran.

Tags: ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *